Monday, December 20, 2010

Jadual Jom Masuk U 2011

  1. Sebanyak 200 buah reruai (booth) akan disediakan kepada Jabatan/Bahagian/Agensi/ Institusi yang akan mengambil bahagian di setiap zon. 
  2. Pameran Pendidikan ini akan disertai bersama oleh:
  • 20 IPTA; 
  • 100 IPTS terpilih; 
  • Bahagian/Agensi di KPT seperti BPKP JPT, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, SPIPTS, Bah. Biasiswa, UKK/KPT, PTPTN, MQA; 
  • Agensi/Bahagian di bawah KPM seperti Bahagian Pengurusan Kokurikulum dan Seni (BPKS), Bahagian Matrikulasi KPM (BM KPM), Bahagian Pendidikan Guru (BPG KPM), Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri; 
  • Yayasan Negeri; 
  • Agensi pembiayaan pendidikan; dan 
  • Lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi seperti Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, dan MARA.

Aktiviti

  1. Pameran Pendidikan sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2011 ‘JOM MASUK U’
  2. Forum Peluang Pendidikan Tinggi bagi pelajar Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling serta kaunselor terpilih di setiap zon; atau Seminar Peluang Pendidikan Tinggi peringkat kebangsaan terbuka kepada guru, ibu bapa dan pelajar di zon 1 dan zon 11.
  3. Cabutan bertuah ‘JOM MASUK U’ kepada pengunjung;
  4. Cabutan Perdana ‘JOM MASUK U’ dengan hadiah yang menarik;
  5. Kuiz ‘JOM MASUK U’ untuk menguji minda pengunjung dengan hadiah yang menarik; Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada pengunjung;
  6. Semakan syarat khas kelayakan program;
  7. Pendaftaran Sahabat UPU; dan
  8. Liputan radio secara langsung seperti sesi bual bicara.

Kumpulan Sasaran

1. Kumpulan yang disasarkan bagi mengunjungi KPTN adalah:
  • Pelajar yang sedang belajar di peringkat SPM / STPM / Diploma / Matrikulasi / STAM; 
  • Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain yang sedang menunggu keputusan; 
  • Lepasan Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia; dan 
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling, pendidik, ibu bapa, dan masyarakatsetempat. 
2. Sasaran kehadiran pengunjung ke pameran pendidikan adalah seramai300,000 orang.

Pengenalan

LATAR BELAKANG 
  1. Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah Program Outreach tahunan yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2005. Mulai tahun 2007 dikenali sebagai ‘Program Pendidikan KPT Bersama Rakyat’ dan kini melalui penjenamaan semula dengan nama ‘Karnival Pengajian Tinggi Negara’ (KPTN). 
  2. KPT telah menggunakan tagline ‘’JOM MASUK U’’ bagi memotivasikan dan mendidik para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia. 
  3. Karnival Pengajian Tinggi Negara - ‘Jom Masuk U’ menjadi “signature programme” Kementerian Pengajian Tinggi mulai tahun 2010. 
  4. Objektif KPTN adalah menjadi Pusat Sehenti (One-Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama serta Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia. 
  5. KPTN juga menjadi saluran utama bagi menyebar luas maklumat mengenai dasar kerajaan terkini selaras dengan NKRA yang mengutamakan kepentingan rakyat bagi menjamin kredibiliti kerajaan untuk merealisasikan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 
  6. Tujuan utama pelaksanaan KPTN adalah seperti berikut:
  • Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA, ILK dan institusi lain mulai Sesi Akademik 2011/2012; 
  • Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA dan ILK melalui Aplikasi Dalam Talian; 
  • Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum; dan 
  • Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai IPT dan ILK dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.