LATAR BELAKANG
- Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah Program Outreach tahunan yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2005. Mulai tahun 2007 dikenali sebagai ‘Program Pendidikan KPT Bersama Rakyat’ dan kini melalui penjenamaan semula dengan nama ‘Karnival Pengajian Tinggi Negara’ (KPTN).
- KPT telah menggunakan tagline ‘’JOM MASUK U’’ bagi memotivasikan dan mendidik para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.
- Karnival Pengajian Tinggi Negara - ‘Jom Masuk U’ menjadi “signature programme” Kementerian Pengajian Tinggi mulai tahun 2010.
- Objektif KPTN adalah menjadi Pusat Sehenti (One-Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama serta Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia.
- KPTN juga menjadi saluran utama bagi menyebar luas maklumat mengenai dasar kerajaan terkini selaras dengan NKRA yang mengutamakan kepentingan rakyat bagi menjamin kredibiliti kerajaan untuk merealisasikan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
- Tujuan utama pelaksanaan KPTN adalah seperti berikut:
- Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA, ILK dan institusi lain mulai Sesi Akademik 2011/2012;
- Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA dan ILK melalui Aplikasi Dalam Talian;
- Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum; dan
- Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai IPT dan ILK dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.
No comments:
Post a Comment